/* GENG ICT

Saturday, 3 November 2012

Bahan-bahan Teknologi dalam Pengajaran & Pembelajaran




 Papan Tulis Elektronik




Dahulu papan tulis dipanggil papan batu, papan kapur atau papan hitam kerana papan ini ditulis menggunakan pelbagai alat tulis. Papan batu ditulis menggunakan kapur batu, papan kapur atau papan hitam ditulis menggunakan kapur putih atau kapur warna. Tetapi sekarang papan dengan fungsi yang sama ditulis menggunakan pen sinar letrik atau sinar laser. Walaupun teknologi telah banyak berubah, papan tulis tetap digunakan kerana ia mempunyai beberapa kelebihan. Ia boleh digunakan dengan mudah dan lebih bersifat mesra pengguna. Guru boleh terus menunjukkan idea yang diperkatakannya atau diperkatakan oleh pelajarnya serta mencungkil pemikiran pelajar dalam bilik darjah dan menonjolkannya secara spontan sama ada dalam bentuk grafik atau perkataan di papan tulis untuk tatapan semua, sama ada dalam tempoh yang lama atau sebentar. Harga dan kos menjaganya tidak begitu mahal,ia mudah diperolehi dan disediakan dalam bilik darjah, guru tidak perlu latihan yang khusus dan terlalu teknikal untuk menggunakannya tetapi tidak begitu bagi papan tulis elektronik terkini di pasaran. Guru dan pelajar juga boleh menampal lain-lain bahan untuk ditayangkan kepada pelajar yang lain, malah ia boleh dilekatkan dengan magnet bagi memudahkan bahan dipaparkan kepada kelas.



Bahan Grafik, Gambar, dan Carta



Bahan grafik, gambar dan carta banyak digunakan untuk membantu guru menjelaskan suatu konsep yang sukar untuk dijelaskan dalam bentuk kata-kata. Konsep- konsep yang sukar tersebut lebih mudah dijelaskan dengan menggunakan gambar, grafik atau carta. Terdapat pelbagai bahan grafik dan carta yang berteknologi terkini seperti meng- gunakan grafik dan animasi komputer yang digunakan dalam P & P. 



 Alat Pandang Dengar Elektronik



Terdapat pelbagai alat pandang dengar elektronik yang boleh digunakan dalam P & P. Antara alat pandang dengar yang biasa digunakan ialah perakam kaset, compact disc, video compact disc, digital compact disc, projektor filem, video kamera, projektor LCD, projektor episkop dan MP3 yang dapat digunakan dengan lebih efektif.


Komputer dan Internet



Komputer adalah teknologi elektronik yang mempunyai banyak keistimewaan sama ada dalam kehidupan harian atau pun dalam bidang pendidikan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, komputer boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dan teknik. Guru yang berbakat dapat menggunakan komputer secara kreatif dan kritis untuk membantunya mencapai objektif pembelajaran (Giesert & Futrell, 1990).

PEMBELAJARAN MAYA






 Ia merupakan salah satu daripada pembelajaran yang menggunakan media elektronik yang terhubung dengan Internet dan Intranet.
 Ia diperkenalkan sebagai alternatif untuk di sampaikan secara elektronik kepada pelajar.
 Murid boleh memperoleh maklumat dan belajar luar daripada kelas formal.
 Perkongsian maklumat berlaku dengan berkesan melalui teknologi dalam pendidikan.
 Mewujudkan proses pembelajaran dan pengajaran di bilik kelas secara lebih berkesan dan sistematik
 Menyediakan bahan bantu mengajar yang releven dengan teknologi hari ini.
 Menyediakan sumber maklumat dan rujukan untuk pengajaran dan pembelajaran keseluruhannya untuk di capai di mana-mana sahaja dengan cara yang lebih mudah dan berkesan
 Mengurangkan bebanan setiap guru terutama dalam menyediakan bahan bantu mengajar.
 Membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih baik.
 Menjimatkan masa guru bagi menyedia dan memikirkan bahan bantu mengajar.
 Konsep
 E-Pembelajaran Interaktif ini adalah modul pembelajaran secara elektronik yang dibangunkan untuk membantu proses belajar di kelas dan di luar kelas
 maklumat ini juga boleh diperolehi melalui CD dan kedua-duanya dipersembahkan secara interaktif yang mengabungkan elemen-elemen multimedia.
 Persembahan secara animasi dibantu juga dengan bunyi dan suara memungkinkan pembelajaran berlaku secara lebih menyeronokan. ‘Learnig is fun’ berlaku melalui proses ini, bebanan guru dapat diringankan.

KELAS MAYA



Terengganu perkenal kelas maya di sekolah rendah


KUALA TERENGGANU 9 Feb. – Sistem pengajaran secara maya diperkenalkan di tiga sekolah rendah di Terengganu.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, sebagai permulaan tiga kelas di Sekolah Kebangsaan Paya Bunga, Sekolah Kompleks Seberang Takir di sini, dan Sekolah Teluk Kalong di Kemaman dipilih untuk melaksanakan projek perintis itu.
"Kos untuk mengadakan sebuah kelas maya ini dianggar antara RM25,000 hingga RM30,000 bergantung kepada kemudahan yang ada dan kita akan perluaskannya secara berperingkat-peringkat ke sekolah lain jika ia menunjukkan pencapaian yang memuaskan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat kelas maya di Sekolah Kebangsaan Paya Bunga di sini hari ini.
Pengajaran di kelas maya menggunakan peralatan multimedia secara interaktif dan guru tidak lagi menggunakan papan putih atau papan hitam, sebaliknya menggunakan ”smart board” yang dihubungkan terus ke talian Internet dan e-Book murid. – 



SUMBER :  
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_30.htm












E-books to be free,will benefit 23,000 pupils




KUALA TERENGGANU: The promised digital notebooks or e-books for Year Five pupils in the state will be distributed in stages from the end of the month, said Mentri Besar Datuk Ahmad Said.
The first batch of the 15,000 digital notebooks or e-books, which are Internet-enabled, arrived from Taiwan on Tuesday.
“I am optimistic that our education system would be transformed with our pupils now going fully digital. That will ensure that our students keep pace with the globalisation trend,” he said yesterday.
State Education, Higher Learning, Science, Technology and Human Resources committee chairman Ahmad Razif Abdul Rahman was at a factory in Gong Badak, near here, yesterday to take a look at the laptops.

Looks good: Ahmad showing the notebooks that the pupils would be using during his visit to the factory in Gong Badak , near Kuala Terengganu Wednesday.

Ahmad said the e-book project was part of the state government’s aim at providing quality education, adding that it would also reduce the burden of heavy schoolbags for the children.
“The e-books will be distributed free of charge to the pupils and we hope to cover the entire primary level in the next few years,” he added. “There are about 23,000 pupils in the state who will benefit from the e-book project.”
The first group of Year Five pupils will be able to access education-related portals and archives online when the laptops are handed to them by end of the month.
Although the first batch of laptops were procured from Taiwan, the state government would place the subsequent orders from a local assembler, Intel Electronic, Ahmad said.
The Gong Badak factory is projected to produce 10,000 units a month while the state has commissioned some 100 graduates in the field of information technology to coach schoolchildren and teachers on using the e-books.

Kesan penggunaan ICT dalam pendidikan

      Kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya ketertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT.Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek.Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan.Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran.Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.

     Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan.Didalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru.Justeru itu melalui penggunaan ICT murid-murid dapat memahami apa yang di ajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT tersebut.Contohnya melalui pengunaan alat seperti powerpoint,grafik,audio,video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan dan persembahan yang lebih mudah untuk di fahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan.Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat segera di maklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap sistem yang di ajar menggunakan ICT.


Kepentingan ICT dalam pendidikan



Beberapa kepentingan  ICT dalam pendidikan diantaranya:

  1. Berupaya meningkatkan kefahaman dan keupayaan murid dalam pelajaran
  2. Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid dengan pelbagai keupayaan
  3. Meningkatkan motivasi murid
  4. Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning)
  5. Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi
  6. Mewujudkan suasana pembelajaran yang mencabar dan menyeronokkan
  7.  Membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yg sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya dilakukan dengan cara biasa
  8. Meningkatkan kreativiti dan imaginasi murid
  9. Memberi peluang kepada murid belajar secara lebih berkesan dengan bimbingan yang minima.
  10. Meningkatkan kemahiran ICT

ICT dalam pendidikan




KPM telah menggariskan tiga dasar utama ICT dalam pendidikan.

  1. Dasar pertama adalah literasi ICT untuk semua pelajar, bermaksud pelajar memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT.
  2. Dasar kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat P&P. ICT sebagai kurikulum bermaksud pelajar mempelajari ICT sebagai mata pelajaran seperti mata pelajaran Teknologi Maklumat bagi peringkat SPM dan mata pelajaran Pengkomputeran bagi peringkat STPM. ICT dalam P&P seperti penggunaan perisian kursus, internet, dan aplikasi generik yang lain (contohnya, perisian CAD dalam mata pelajaran reka cipta dan lukisan kejuruteraan).
  3. Dasar ketiga menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan produktivi, kecekapan, dan keberkesanan sistem pengurusan. Ini terhasil daripada pengautomasian pejabat dan pelaksanaan sistem aplikasi pengurusan yang membawa kepada penambahbaikan proses kerja.

Wednesday, 17 October 2012

Definition of ICT





ICT adalah singkatan daripada Information and Communication Technology
(Teknologi Maklumat dan Komunikasi) yang bermaksud merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data yang berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Sebenarnya teknologi maklumat tidak tertumpu hanya kepada internet dan komputer tetapi merangkumi televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat. 


 Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat.

 a) Teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat yang digunakan membuat suntingan dengan menggunakan teknologi.
 b) Untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.
 c) Digunakan untuk berkomunikasi iaitu menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk      berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.